Friday 7 February 2014

Zat Dan Nutrisi Tambahan Untuk Wanita Hamil

Kebanyakan wanita yang hamil untuk kali pertama akan mengalami pengalaman kurang menyelesakan kerana mengalami simptom simptom kehamilan yang agak berlebihan. Ini berpunca dari perubahan biologi tubuh dan keperluan nutrisi yang semakin bertambah untuk perkembangan bayi di dalam kandungan. Apakah nutrisi untuk wanita hamil?



Dalam tempoh kehamilan dan penyusuan susu ibu, tubuh memerlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan bayi dan juga ibu. Di sini terdapat beberapa nutrisi penting yang diperlukan bagi menyokong Kehamilan dan Penyusuan Susu Ibu yang sihat.
Protein - diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelasnya, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.
 
Asid Folik - pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.
 
Kalsium - kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.
 
Asid Lemak Omega-3 - juga dikenali sebagai DHA yang diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi. Ikan laut dalam(Coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri, kayan dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada 2 bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, suplemen ultra-tulen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya kerana ia telah ditapis untuk mengasingkan bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum.

Credit
Ini antara vitamin asas yang para bakal ibu perlu ambil. Klinik kesihatan biasanya akan membekalkan vitamin tersebut terutama asid folik dan obimin jika Hb tinggi ( lebih dari 11.0 ) atau dos spesifik yang lebih tinggi jika Hb rendah dari tu - zat besi, vitamin c, asid folik, B-complex. 
Omega dan protien tidak dibekalkan kerana menghasilkannya perlukan bahan mentah berkualiti dan melibatkan kos tinggi. Jika anda ingin mengalami detik hamil yang indah tanpa sebarang masalah, dapatkan set hamil Shaklee kerana ramai telah membuktikan mereka tidak mengalami pengalaman yang tidak diingini ketika hamil selepas mengambil Shaklee.
Hubungi Saya :

FB KZ Healthy Beuty | 0111-1669690 (sms/whatsapp) |khaidaazita@gmail.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
*Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat jangan lupa clik "google +1"
*COD - Sungai Buloh; Kuang; Paya Jaras; Bukit Rahman Putra; 
Subang Bestari; Kg Melayu Subang; Bukit Subang; 
Kota Damansara; dan Pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...