Assalamualaikum dan salam sejahtera......
Entri saya yang lepas, saya dah ceritakan pada anda mcm mna saya dapat detect saya kena cyst kan??. kali ni saya menulis entri untuk berkongsi dengan anda apa itu cyst??..mungkin antara anda ada yang pernah dengar dan ada juga yang belum pernah dengar mengenai cyst.. mari teruskan pembacaan anda dengan saya untuk dapatkan info berguna ni...
Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Ampang, Dr. Suhaimi Isa berkata, ada juga kes mereka yang mempunyai cyst ovari atau fibroid tidak didatangi sebarang tanda ketara. Kebanyakan pesakit hanya menyedari berlaku sesuatu yang abnormal terhadap sistem peranakan selepas melakukan ujian kesihatan seperti pap smear.
SISTEM peranakan wanita terdiri daripada rahim, serviks, ovari serta saluran peranakan. Namun, ovari dan rahim merupakan dua bahagian dalam sistem tersebut yang paling selalu mengalami gangguan seperti fibroid, 'cyst' atau cyst ovari dan endometriosis. Sakit senggugut yang melampau boleh dikatakan antara tanda seorang wanita mempunyai masalah serius pada sistem peranakan mereka.
Menurut Dr. Suhaimi, gangguan sebegitu ada yang tidak memudaratkan seperti cyst ovari yang bersaiz kecil setakat tiga sentimeter sahaja dan tidak memerlukan pembedahan. Ada juga kes gangguan pada sistem peranakan itu berada pada tahap kronik sehingga pesakit dinasihatkan membuang sebelah ovari malah rahim.
Dr. Suhaimi menasihatkan wanita yang berusia 30 tahun ke atas dan aktif melakukan hubungan seksual membuat pemeriksaan pap smear secara berkala. Mereka yang mengesan sebarang tanda pelik seperti kitaran haid tidak teratur atau darah haid yang banyak serta senggugut yang teruk juga digalakkan segera berjumpa dengan pakar sakit puan kerana ketumbuhan sebegitu boleh dikesan melalui imbasan CT atau ultrabunyi.
Berikut informasi berkenaan masalah di dalam ovari dan rahim.
Ketumbuhan di dalam ovari adalah masalah yang paling sering berlaku kepada kebanyakan wanita. Setiap bulan, wanita yang sihat akan melalui kitaran menstruasi dan telur dikeluarkan daripada ovari untuk proses yang dinamakan ovulasi. Jika anda mula berdepan dengan haid yang tidak teratur atau sakit ketika datang haid atau tanda-tanda seperti bengkak dalam abdomen, berkemungkinan anda berhadapan dengan masalah cyst ovari. Cyst ovari merujuk kepada kantung cecair dalam ovari dan biasanya bersifat benigna iaitu tumor yang tidak berbahaya.
Jenis Cyst Ovari
1. Cyst ovari air
Ia sangat lazim berlaku dan dikaitkan dengan kelainan fungsi ovari yang normal. Saiz normalnya dua sentimeter. Sekiranya ia semakin membesar melebihi lima sentimeter, ada kemungkinan ia akan pecah dan berdarah atau mungkin boleh membelit ovari menyebabkan kesakitan yang teruk.
Pembedahan perlu dijalankan bagi kes sista yang pecah, terbelit, berukuran lebih lima sentimeter dan kelihatan mencurigakan dalam imbasan ultrabunyi. Menurut Dr. Suhaimi, selalunya, pesakit tidak mengalami sebarang simptom tetapi, jika mula berasa sakit seperti senggugut yang teruk, berkemungkinan sista ovari tersebut sudah besar dan teruk malah berkemungkinan ovari perlu dibuang.
2. Endometriosis (Cyst ovari darah)
Juga dikenali sebagai chocolate cyst. Ia terjadi apabila darah haid melimpah keluar dari tiub falopio dan terkena ovari, tiub falopio, pundi kencing atau usus besar. Sel dinding rahim yang bersama-sama haid tadi boleh membesar di bahagian-bahagian tersebut lalu menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan semasa datang haid. Endometriosis adalah punca utama ketidaksuburan.
3. Cyst teratoma
Adalah tumor yang tidak berbahaya tetapi ada kemungkinan menjadi kanser. Ketumbuhan cyst teratoma mempunyai pelbagai sel dalam badan seperti rambut, gigi, sel otak dan selalunya ditemui dalam tubuh badan pesakit berusia lewat 30-an. Satu-satunya cara rawatan adalah melalui pembedahan untuk membuangnya.
ArtikelPenuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0318&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm#ixzz2pv6WGeoW
*GLA Complex Shaklee terbukti boleh kecutkan cyst...
*COD - Sungai Buloh; Kuang; Paya Jaras; Bukit Rahman Putra;
Subang Bestari; Kg Melayu Subang; Bukit Subang;
Kota Damansara; dan Pos laju ke SELURUH MALAYSIA.
Hubungi Saya :
FB KZ Healthy Beuty | 0111-1669690 (sms/whatsapp) |khaidaazita@gmail.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
*Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat jangan lupa clik "google +1"
Kota Damansara; dan Pos laju ke SELURUH MALAYSIA.
0 comments:
Post a Comment